Anda Diseru Menyertai Jihad Qital Demi Mengembalikan Kerajaan Islam Di Dunia Ini

Anda Diseru Menyertai Jihad Qital Demi Mengembalikan Kerajaan Islam Di Dunia Ini

~ Analisis Graf Kebangkitan Islam~

Get your own Poll! "Siapkanlah untuk memerangi mereka (iaitu untuk memerangi kafir harbi) apa saja kekuatan yang kalian mampu dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (iaitu persiapan persenjataan yang hebat)(yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya" (Surah al-Anfal ayat 60).
Get your own Poll! "Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu (untuk tidak berperang) hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal" " (At-Taubah: 45-46)

Jom Dapatkan Perkembangan Blog Ni!

Khamis, 4 November 2010

Syed Quthb: Senyum Dihadapan Tali Gantung

Seorang pejuang menegakkan kalimah tauhid, Sayyid Qutb, kembali ke rahmatullah 41 tahun lalu. Tokoh dilahirkan pada 9 Oktober itu adalah penulis kitab Fi Zilal Al-Quran, Ma’alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din.

Firman ALLAH:
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah (iaitu berjanji untuk berjuang pada jalan ALLAH) Maka di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (untuk berjihad sehingga syahid) dan mereka tidak sesekali mengubah (janjinya)”
(QS. al-Ahzab/33:23).
Memang ada perbahasan mengenai metod Sayyid Qutb dalam tulisan yang tegas menyatakan kesesatan masyarakat moden berkaitan penghakiman yang tidak merujuk kepada Allah. Bagaimanapun sejarah Sayyid Qutb perlu diulas sebagai sebahagian daripada perjalanan seorang tokoh yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya.



Senyum tika dihadapkan ke tali gantung


Sayyid Qutb gugur di tiang gantungan pada 20 Ogos 1966. Ia dikenali sebagai tokoh yang berjuang di jalan Allah, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia persembahkan nyawa yang murah kepada keyakinan dan akidahnya.

Beliau melalui bertahun usia terakhir di penjara. Ia tuangkan jiwa dan fikiran yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya, akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.

Sayyid Qutb mendapat pendidikan pertama di rumah, daripada orang tuanya yang kuat dan taat beragama. Ketika usia enam tahun, Qutb dihantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia tujuh tahun, ia mula menghafal al-Quran dan tiga tahun kemudian menghafal seluruh Al-Quran.

Awal dekad 1940-an, satu era baru bermula dalam kehidupan Sayyid Qutb. Dalam karya pada 1939, beliau mulai menulis beberapa siri At-Taswir Fanni Fi Quran. Tulisan ini mengupas indahnya seni yang ada dalam ayat al-Quran.

Pada 1945, beliau menulis kitab Masyahidul Qiamah Fi Quran yang isinya menggambarkan peristiwa hari kiamat dalam al-Quran. Pada 1948, Sayyid Qutb menghasilkan Al-Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam atau Keadilan Sosial dalam Islam, menyatakan bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila masyarakat menerapkan sistem Islam.


Fasa terakhir perjalanan Sayyid Qutb bermula pada 1951, waktu beliau mula bergabung dengan Jama’ah al-Ihkwan al-Muslimun, sehingga beliau meninggal di tali gantung pada 1966. Baginya, masa itu sangat penting dan kerana itu beliau menyatakan 1951 adalah tahun kelahirannya.

Sayyid Qutb bergabung bersama al-Ikhwan al-Muslimun, dua tahun selepas meninggal Imam Hassan al-Banna, pelopor al-Ikhwan pada 1949. Mereka tidak pernah bertemu muka meskipun dilahirkan tahun yang sama 1906 dan mendapat pendidikan di Darul Ulum.

Walaupun begitu, mereka mempunyai kesatuan jiwa dan persamaan orientasi berfikir. Sebelumnya, ketika Hassan al-Banna membaca buku Al-’Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam karya Sayyid Qutb, dia menganggap pengarang adalah sebahagian daripada Al-Ikhwan. Lalu, Al-Banna menyatakan bahawa ‘orang ini’ (Sayyid Qutb) tidak lama lagi akan bergabung bersama Al-Ikhwan.

Sayyid Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Kematian al-Banna sangat terasa dalam jiwanya, walaupun belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan menyayat hati ketika dirawat di sebuah hospital di Amerika.

Disebabkan orang Amerika bergembira menyambut berita kematian al-Banna, selepas pulang dari Amerika, Sayyid Qutb mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Seterusnya ia pun memutuskan untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Pesan utama Sayyid Qutb yang ditekankan dalam tulisan adalah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya, inti tauhid Uluhiyyah adalah hak Allah daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri (pembuatan peraturan).

Beliau berkata, ikrar syahadah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi-Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak-Nya.

Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir melarang al-Ikhwan al-Muslimun dan pimpinannya ditangkap kerana dituduh hendak merampas kuasa. Tanpa bukti yang jelas, tujuh pemimpin tertinggi al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hassan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948.

Tetapi hukuman terhadap Hassan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.

Pada 1964, Sayyid Qutb dibebaskan atas permintaan peribadi Presiden Iraq, Abdul Salam Arif tetapi pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan itu. Selepas Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya.

Alasannya beliau dituduh hendak merampas kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku Sayyid Qutb terutama Ma’alim Fi Tariq, yang menyatakan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan syariat Allah.

Sayyid Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta Sayyid Qutb menulis pernyataan memohon ampun supaya ia dibebaskan.

Rabu, 3 November 2010

Merindui Tentera ALLAH Yang Digeruni Musuh

Dikala rancaknya manusia bercakap soal perkara besar yang mungkin berlaku pada tahun 2012 ini, terlintas di sanubari kita bahawasanya ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM sudah hampir!!! Dijangkakan oleh ramai ulama bahawa akan berlaku peristiwa besar dalam sejarah dunia pada tahun 2012 nanti.. Saya sudah pun melihat pelbagai perubahan suasana yang berlaku mendadak dan permulaan kebangkitan Islam sudah seakan-akan mempamerkan fajarnya, semakin meninggi cerah tanpa dapat dihalang oleh sebarang apa pun halangan.

Bagi mendokong tugas besar membangkitkan Islam di akhir zaman ini, sudah pastinya ALLAH Azza wa Jalla akan memilih hambaNYA yang benar-benar mantap untuk diangkat ke maqam para Mujahid dan bukan semua manusia mampu sampai ke maqam ini. Di antara para mujahid yang sedang membantu agama ALLAH itu pula, ALLAH memilih di kalangan mereka orang yang lebih hebat iaitulah orang yang berjaya menjadi TENTERA ALLAH, bukan semua yang membantu agama itu menjadi tentera ALLAH, kerana ada di kalangan mereka yang menjadi tentera (ataupun hamba) kepada nafsu, harta, kedudukan, kamasyhuran, pujian, wanita dan keduniaan. Hanyasanya, mujahid yang sampai ke maqam TENTERA ALLAH ini sahaja lah yang mampu menggentarkan hati Yahudi laknatullah yang maha penakut itu.

Sidang pembaca yang dikasihi ALLAH, tentera-tentera Dajjal sama sekali tidak gentar dengan kekuatan yang ada pada kita, tidak gentar pada semangat jihad kita, tidak gentar pada demonstrasi kita, tidak gentar dengan perjuangan jihad kita MELAINKAN jika kita ini ialah TENTERA ALLAH!

Bagaimanakah TENTERA ALLAH?

Pada era kegemilangan Islam di zaman Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Umar Al-Khattab bersama 10 000 tentera Islam menuju ke Baitul Maqdis, Palestin bagi membuka bumi anbiya yang diberkati ALLAH itu. Ketika itu Baitul Maqdis dikuasai oleh orang Kristian, dan mereka mempunyai bilangan tentera yang begitu ramai, 200 000 orang tentera berserta dilengkapi dengan kelengkapan perang yang jitu, amat tidak setanding dengan kekuatan perang yang dimiliki oleh tentera Islam.

Apabila mengetahui ttentera Islam dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, para kafir harbi laknatullah itu mengadakan perbincangan apa yang harus mereka lakukan. Pada asalnya, mereka ingin berperang dengan tentera Islam kerana menyangka bahwa mereka mampu menang dengan kekuatan fizikal yang ada serta jumlah tentera mereka yang ramai, namun ditegah oleh paderi mereka. Paderi itu mengingati mereka bahawa seandainya mereka itu bukan tentera ALLAH, maka mereka boleh berperang tetapi seandainya tentera Islam yang datang itu tentera ALLAH, maka jangan sesekali berperang kerana sungguh Tentera ALLAH itu akan dibantu oleh ALLAH dan akhirnya Tentera ALLAH itu akan menang meskipun jumlah sedikit dan sederhana peralatan perangnya.

Untuk menguji samada tentera yang sedang mara itu tentera ALLAH atau tidak, para kafir harbi menabur wang emas di jalan yang akan dilalui oleh Tentera Islam. Setelah tentera Islam melalui jalan itu, mereka pergi ke lokasi itu dan terkejut melihat wang emas itu masih ada, Tentera Islam tidak mengutipnya walaupun sekeping! Bertapa mereka ini tidak berjaya dirosakkan dengan harta.. Tidak berjaya dipesongkan hati dengan harta

Setelah itu, mereka mengumpul gadis-gadis tercantik dan terseksi. Kemudian gadis-gadis itu diletakkan di jalan yang akan dilalui Tentera Islam untuk menggoda tentera Islam. Akhirnya, gadis-gadis itu pulang dengan menanggung rasa malu yang amat. Mereka sedikitpun tidak disentuh oleh tentera Islam, bahkan tidak dilihat sedikit pun!!!!

Setelah itu, para musuh ALLAH mengatakan bahawa tentera yang dibawa oleh Saidina Umar ini bukanlah manusia yang lemah seperti mereka, namun adalah malaikat yang gagah dan kebal!!! Lantas, sesudah tentera Islam sampai ke Baitul Maqdis, terus mereka diserahkan kunci Baitul Maqdis..

Sidang pembaca yang dirahmati ALLAH!
Seandainya para pendakwah dan para pejuang Islam bersifat seperti sifat TENTERA ALLAH, insyaALLAH sudah lama Islam tertegak. Namun, mengapa perlunya kita menjadi rakus ketika disogokkan dengan harta benda? Mengapa kita perlu sanggup menyakiti orang lain serta menjatuhkan nama baiknya ketika ditawarkan dengan pangkat dan jawatan? Mengapa kita sanggup terleka dalam solat sesudah terlihat perempuan melintas? Jika beginilah sikap anda yang ingin memperjuangkan Islam, jangan mimpi Islam akan tertegak dengan lidah dan tangan kalian. Sebaliknya, jika benar anda lebih mencintai ALLAH, RASUL dan JIHAD melebihi segalanya, maka berusahalah sedaya upaya untuk sampai ke maqam TENTERA ALLAH. Mudah-mudahan kita dapat bertemu suatu hari nanti di medan jihad dan seterusnya sampai ke dalam syurga kelak. Doa anda untuk saya yang lemah ini amatlah saya harapkan.

Fajar Kebangkitan Islam Sudah Menjelma

Fajar Kebangkitan Islam Sudah Menjelma
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah 41)

Artikelku Yang Popular